Tuesday 18 December 2012

Ayam Percik.


Ayam Percik
menu ni sangat simple untuk disediakan tapi sangat sedap
Bahan A
1/2 ekor ayam
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk perasa
1 1/2  sudu serbuk kari

bahan B
2 buku besar halia
2 labu bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
 cara-caranya

kisar bahan B dan gaulkan bersama ayam yg telah dibersihkan. masukkan juga serbuk kari, garam ,gula, perasa gaul hingga sebati dan perap sebentar selama 15 minit. sedia untuk dipanggang atau dibakar...selamat mencuba..

Monday 19 November 2012

Bubur pengat pisang tepung pulut

Bubur Pengat Pisang Tepung Pulut ni sangat sedap anak2 saya pun suka dan sangat mudah disediakan.

Bahan-bahannya
 3 cawan santan kelapa
1 ketul gula melaka
5 biji pisang nangka
1 cawan tepung pulut
3 sudu besar gula
pewarna makanan.

caranya.
Panaskan periuk dan isikan 2 cawan air dan masukkan gula melaka dan cairkan.apabila sudah cair masukkan santan dan kacau dlm api sederhana.
Kemudian masukkan gula biar mereneh pelahankan api.

Bancuh air dan sedikit garam biar larut.masukkan tepung dlm bekas dan gaul dengan air garam tadi biar menjadi tepung doh.masukkan pewarna makanan contoh warna hijau dan uli..ambil sedikit tepung dan uli bulat kecil seperti bola guli dan masukkan kedalam santan yg sedang mereneh sehingga habis tepung tadi..tunggu sehingga bebola tepung tadi naik kepermukaan dan kemudian masukkan pisang yang dihiris sederhana nipis.biarkan mereneh sebentar dan rasa jika manis dah ok sedia untuk dihidang.selamat mencuba ya....

Saturday 17 November 2012

Ayam Sambal Serai

Ayam Sambal Serai ni sedap dan mudah disediakan.
Bahan A
1 ekor ayam dicincang
Air asam jawa
garam dan perasa
bawang besar
3sudu besar cili boh


Bahan B
5 biji Bawang merah kecil
3 biji bawang putih
3 batang serai

caranya.
kisar bahan B
goreng ayam hanya separuh masak.
panaskan kuali dan masukkan minyak .tumis bahan B sehingga naik bau.kemudian masukkan cili boh dan tumis hingga garing.kemudian masukkan ayam dan gaul sebati dan biarkan sebentar..masukkan air asam jawa dan bawang besar dan gaul sebati.masukkan garam dan perasa secukup rasa.dan sedikit air dan biarkan mendidih dan kering sedikit.siap untuk dihidang..selamat mencuba..





Ayam Percik Panggang

Ayam Percik Panggang ni senang je nk buatnya tapi hasilnya sedap.
Bahan  A
1ekor ayam dicincang

Bahan B
Bawang putih 2 labu
Halia  yg besar
2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar gula
garam 1 sudu kecil
sedikit serbuk perasa
1 sudu besar serbuk kari

caranya.
kisar semua bahan B dan gaul bahan pada ayam dan panggang pada suhu 250°cselama 30 minit..sedia untuk dihidang.

Friday 16 November 2012

Ikan Pari Sambal simple

Sambal Ikan Pari ni resepi kegemaran anak-anak saya.Resepinya saya cipta sendiri.hehe
Bahan A
Ikan pari dipotong sederhana.
2 biji Bawang besar dihiris
air asam jawa
lada kering yg telah dikisar
serbuk kunyit

Bahan  B
5 biji Bawang merah kecil ditumbuk
3 biji Bawang putih ditumbuk

caranya
gaul ikan tadi dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng kemudian ketepikan dahulu ikan itu.
Panaskan kuali masukkan minyak dan tumis bahan B Sehingga naik bau.Kemudian masukkan lada kering yg telah dikisar dan goreng sehingga garing dan kemudian masukkan air asam jawa sedikit dan biarkan mereneh sebentar.Masukkan ikan pari yg telah digoreng kedalam kuali dan gaul sebentar.masukkan bawang besar yg telah dihiris biar mendidih sebentar dan masukkan garam dan perasa..sedia untuk dihidang.

Thursday 15 November 2012

Sambal Telor Puyuh

Sambal Telur Burung Puyuh ni sangat simple dan kejap aje cara masaknya.

Bahan A
Telur puyuh direbus dan dikopek kulitnya
Bawang Besar dihiris
Air asam jawa

Bahan B
4 ulas bawang kecil merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
5 sudu besar lada kering yg telah dikisar atau cili boh
ikan bilis ditumbuk

caranya
panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.Masukkan bahan B yang telah ditumbuk kedalam kuali dan goreng sehingga naik bau.Masukkan cili tadi dan goreng sehingga garing serta masukkan hirisan bawang besar ,kemudian masukkan air asam jawa  dan tambah sedikit air.Biar mendidih dan masukkan telur puyuh,garam dan perasa..senangkan? selamat mencuba.

Ayam Goreng Berempah.

Ayam goreng berempah
Bahan A
Ayam

Bahan B
Bawang putih
Bawang kecil
Halia
Rempah kari
Serbuk kunyit
Garam
Perasa tumix
Serai

caranya.
kisar bahan B dan gaul perap bersama ayam semalaman dan sedia untuk digoreng..selamat mencuba.

Wednesday 14 November 2012

Sambal Udang simple.

Sambal udang simple
BahanA
5 ulas bawang merah kecil ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
5 sudu cili boh
sedikit air asam jawa
garam dan perasa

Bahan B
1/2 gram udang

caranya.
panaskan minyak goreng bawang merah dan bawang putih sehingga garing.Masukkan cili boh dan goreng sehingga garing.Masukkan pula air asam jawa tunggu mendidih masukkan udang .Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan perasa.jika suka boleh campurkan sedikit gula...biar mendidih dan boleh dihidangkan...mudah kan..? selamat mencuba.

Ikan Siakap Panggang

Ikan Siakap Panggang

bahan
Ikan Siakap
Bawang besar dihiris
bawang putih dihiris
serbuk kunyit
serbuk kari
garam dan serbuk perasa

caranya.
gaulkan dahulu bahan diatas kemudian sapukan pada ikan siakap dan sumbat di dalam perut ikan bahan td.bakar pada suhu 250°c selama 30 minit..simple kan? selamat mencuba.

Kari Kambing

Kari kambing ni sangat simple resepinya.
Bahan A
Daging kambing 500g
3 helai daun limau purut
sebatang serai dititik
garam dan perasa.
2 biji limau nipis.
4 biji kentang dipotong 4

Bahan B
4 sudu besar serbuk kari
5 sudu besar lada kering yg telah dikisar
4 ulas bawang kecil dihiris
3ulas bawang putih dihiris
halia sebesar ibu jari

caranya.
campurkan semua bahan B dan gaul sehingga sebati.Panaskan minyak dan goreng bahan B sehingga garing.Masukkan daging kambing dan gaul sebati.biarkan mereneh sehingga keluar air daging dan daging mula mengecut kemudian masukkan air asam jawa dan kentang.biar mendidih sebentar baru masukkan air 5 cawan.biarkan lagi mendidih sehingga hampir kering kuahnya dan daging empuk.masukkan serai dan daun limau purut kemudian ubuh garam,perasa dan perahan 2biji limau nipis bagi mengelakkan pening jika ada alahan darah tinggi. mudah kan..selamat mencuba..

Rendang Ayam Salai Daun Maman.

ni adalah masakan negeri sembilan..sangat sedap..
bahan A dikisar
cili api 20 tangkai
kunyit sebesar ibu jari
bawang putih 2 ulas

bahan B
ayam tua yang disalai seluruh luaran kulitnya sahaja dan di siang.
santan kelapa
krisik
daun maman
sebatang serai
garam dan serbuk tumix.

caranya.
masukkan ayam yang disiang kedalam kuali dan campur bahan A .nyalakan api dan gaul.biarkan ia mendidih sebentar..kemudian masukkan air 5 cawan.didih sehingga kering sedikit.masukkan santan dan krisik kacau perlahan2..biar mendidih kemudian kecilkan api dan masukkan daun maman yg telah dicuci..dengan api perlahan jgn kacau kuat2 sayur tu biar layur sendiri dalam kuali dan kacau perlahan-lahan.tunggu sampai kering sedikit baru Kacau gaul sayur dan ayam sehingga sebati.jgn lupa garam dan serbuk perasa .selamat mencuba.

Kari Ayam Sayur Kelo.

Sayur kelo ni sedap..cubalah..
bahan A
3sudu besar serbuk kari
4 sudu besar lada kering yg telah dikisar
5 ulas bawang kecil merah dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
Halia sebesar ibu jari.

bahan B
ayam 1/2 ekor
sedikit air asam jawa
sebatang serai. dititik.
garam dan perasa
sayur kelo yg telah dikikis luarannya.

caranya.
campurkan bahan A gaul hingga sebati.Kemudian panaskan minyak untuk menggoreng campuran td. biar lada garing dan kemudian masukkan ayam biar sehingga air ayam keluar dan sebati dgn lada. masukkan air asam jawa serta serai  dan tambah 1 cawan air lagi.biar medidih dan kemudian masukkan sayur kelo.tambah garam dan perasa..kalau nk tau kelo dah empuk tekan sedikit kalau lembut maka ia dah empuk..selamat mencuba

Tuesday 13 November 2012

Sup Ayam Kuah Kicap



Sup Ayam dan Kuah kicap sesuai untuk anak demam dan x de selera makan mudah je..
bahan A
ayam 1/2 ekor
bawang merah dicincang
bawang putih dicincang
halia dicincang
garam secukup rasa
kiub pati ayam

kuah kicap
cili api 5 tangkai
bwg putih
air asam jawa
limau kasturi 2 biji
garam secukup rasa
sedikit gula.

caranya.
rebus ayam sehingga mendidih . kemudian bahan A dimasukkan kedalam periuk
untuk kuah kicap pula tumbuk cili api dengan bawang putih..dan campurkan kicap sedikit garam dan gula serta sedikit air asam .biar pekat kuah tu ye.akhir sekali perah limau...

Monday 12 November 2012

ayam panggang madu simple


Ayam Panggang Madu

ni lagi senang masaknye..lumurkan bahan dan bakar siap.

Bahan-bahan
Ayam 1 ekor
mentega
kicap pekat
garam secukup rasa
madu
kiub ayam
bawang putih di tumbuk
halia ditumbuk.

cara nye...

lumurkan bahan yg diatas pada ayam kemudian bakar pada suhu 250°c selama 45minit.
senang kan..?



Ikan Salmon Grill

senang je nk masak ikan grill ni....untuk org yg nk cepat siap masak dan menyelerakan.
Ikan Salmon Grill

Bahan-bahan

2 ketul ikan salmon
black peper
serbuk kunyit
garam secukup rasa
serbuk tumik.
mentega.

cara-cara 
 gaul semua bahan diatas dan letak diatas pan grill atau kuali dlm api sederhana.
masak sehingga kuning keemasan dan hidangkan...hehe senang kan...?

Sunday 11 November 2012

cara masak ayam goreng pandan mudah

senang je nk masak resepi ni...saya x tiru mana-mana resepi ia dtg dari fikiran sendiri je...hehe.

bahan A
bawang putih
halia
serai
ketumbar
garam secukup rasa.

bahan B
daun pandan.

cara-caranya:
kisar bahan A dan gaulkan pada ayam...perap selama 3jam didlm peti ais..
kemudian ambil daun pandan lilitkan pada daging ayam yg telah diperap td.
cucuk lidi pada pandan tu...ikut suka mcmmana korang nk lilit..
panaskan minyak dan goreng....siap...senangkan...?