Wednesday 14 November 2012

Rendang Ayam Salai Daun Maman.

ni adalah masakan negeri sembilan..sangat sedap..
bahan A dikisar
cili api 20 tangkai
kunyit sebesar ibu jari
bawang putih 2 ulas

bahan B
ayam tua yang disalai seluruh luaran kulitnya sahaja dan di siang.
santan kelapa
krisik
daun maman
sebatang serai
garam dan serbuk tumix.

caranya.
masukkan ayam yang disiang kedalam kuali dan campur bahan A .nyalakan api dan gaul.biarkan ia mendidih sebentar..kemudian masukkan air 5 cawan.didih sehingga kering sedikit.masukkan santan dan krisik kacau perlahan2..biar mendidih kemudian kecilkan api dan masukkan daun maman yg telah dicuci..dengan api perlahan jgn kacau kuat2 sayur tu biar layur sendiri dalam kuali dan kacau perlahan-lahan.tunggu sampai kering sedikit baru Kacau gaul sayur dan ayam sehingga sebati.jgn lupa garam dan serbuk perasa .selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment