Masakan ni antara masakan kegemaran family saya...mudah dan lazat...
Bahan-bahan.
5 ekor ikan keli
1sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
10 sudu besar cili boh
1 cawan air asam jawa
5 biji limau kasturi
5 biji bawang merah kecil
3 biji bawang putih.
caranya
Gaulkan serbuk kunyit dan garam pada ikan keli dan goreng sehingga garing.
tumbuk bawang kecil dan bawang putih.Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga naik bau dan masukkan juga cili boh dan goreng sehingga cili garing .kemudian masukkan air asam jawa dan tunggu mendidih..masukkan garam dan serbuk perasa..last sekali masukkan ikan yang dioreng td..perah juga limau kasturi di dlm masakan td...siap...sedia untuk dihidang..selamat mencuba
No comments:
Post a Comment